Monday, May 5, 2008

Anak abah...



Antara gambar-gambar favourite pilihan abah Emran

Alhamdulillah


Tak sampai 24 jam, Naluri call mama Emran inform Emran dah boleh discharge sbb level jaundice dah kurang dari 170. Happy nye rase sbb boleh amik Emran, Opah dia excited sangat sbb seblum ni tgk katil dia kosong je sebelum ni. Abah dan mama dia lagi la happy. Welcome back Emran!!!

Jaundice



Emran kena kuning (jaundice). Lepas nurse DBKL yang datang tgk dia , nurse tu cakap kuning dia mcm kuat, so nurse buat surat untuk buat check up kat GH KL, tapi abah Emran bawak pegi Pusat Perubatan Naluri jugak. Lepas check dengan Dr., dapat result petang tu jugak. Dr. kata reading juandice dia 251, dari 170 (standard). So, kene tahan Emran untuk treatment ultraviolet. Naluri akan call untuk inform bila Emran boleh discharge. For the first time abah Emran baru tau darah dia jenis B positive hehe.. Tu pun sbb tau Emran jenis darah yang sama. Mama dia O. Abah Emran takut jarum sket hehehe... Syyyyyy... Nangis mama Emran lepas hanta dia, ye la rase macam hilang something kan. Sedih jugak tgk Emran, tapi yg penting dia sihat nanti. Kena la sabar cara mcm mane pun.

Hari ke 3




Kali pertama mandikan Emran. Penat jugak first time buat ni, pengalaman sebelum ni pun tengok baby lain je mandi. So, bile sendiri kene buat baru la tau susah tak susah nye. Ape pun memang seronok. Emran memang kuat nangis bile time mandi. Bile telangkupkan dia je terus senyap. Favourite position kot :) . Mama dia ambik gamba je sebab tak larat nak buat. Tugas-tugas yang lebih mencabar menyusul selepas ini. Tunggu....

Saturday, May 3, 2008

29 March 2008 @ 11.00 PM



Alhamdulillah, mama Emran selamat lahirkan dia secara normal di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju. Berat Emran 3.25 Kg. Hmm, bleh tahan gak tembam dia ni. Selesai potong tali pusat dan azan serta iqamah, nurse balut dia. So, this is 1st picture Emran selepas dilahirkan. Nama penuh Muhammad Emran Reza Bin Mohamad Shah Reza, bleh tahan panjangnye... Emran bermaksud 'Berbudi Bahasa' dalam bahasa Arab.

1st and 2nd 3D Scan



First picture Emran ever. Buat tak tido malam abah Emran kalau rindu kat dia especially bila duduk jauh dari mama Emran.